Posted by: babydiapers2u | 21/10/2011

Penyusuan Ibu Secara Teratur Dan Panduan

Mengapa perlu pam susu di pejabat?

Jika anda meneruskan penyusuan ibu walaupun selepas bekerja, anda akan:

  • menyediakan nutrisi terbaik kepada bayi anda
  • menjadikan hubungan anda bertambah rapat walaupun anda tidak bersama dengan bayi anda
  • menjimatkan wang
  • mengurangkan risiko jangkitan penyakit akibat pengambilan susu formula

Bagaimana nak mengepam susu sewaktu di pejabat? Mudah saja…

Pengalaman isteri saya menyusukan 3 orang bayi kami saya kongsikan di sini untuk panduan anda:

 

  • Berikan susu badan secara terus selepas bangun dari tidur supaya bayi anda berasa kenyang sewaktu ditinggalkan kepada pengasuh. Selain dari itu, ini dapat membantu kelenjar susu anda menstimulasikan penghasilan susu dengan lebih banyak sewaktu anda di pejabat nanti.
  • Minum air suam dengan banyak sebelum memulakan kerja di pejabat.
  • Pam susu anda pada jam 10pagi dengan double pumping supaya anda boleh dapat 2 botol 5 oz pada setiap sesi mengepam susu. Simpan di dalam peti sejuk bahagian bawah atau simpan di dalam cooler bag yang dilengkapi ice pack atau chillers.
  • Buat urutan membulat pada payudara anda selepas tamat sesi mengepam susu supaya payudara anda tidak membengkak dan sedia untuk menstimulasikan penghasilan susu pada sesi berikutnya. Jangan lupa minum air suam dengan banyak.
  • Pada jam 1 tengah hari, mulakan pam susu anda sekali lagi dan pastikan anda akan dapat 2 botol susu dengan 5 oz setiap satu.
  • Selepas balik rumah, berilah bayi anda susu secara terus dari payudara anda kerana ia akan menjadikan susu anda tetap menstimulasikan penghasilan susu setiap hari dengan baik.
  • Sediakan 1 botol air 1.5 liter di samping anda dari mula anda berada di rumah sehingga anda masuk tidur dan pastikan anda dapat habiskan air tersebut sehingga anda bangun dari tidur keesokan harinya.

  • Jika salah satu aktiviti ini tidak dilakukan, besar kemungkinan susu anda akan semakin berkurangan semakin bayi anda meningkat usianya sehingga 2 tahun.

Selamat mencuba…banyak lagi yang akan saya kongsikan..jadi stay tune..


Leave a comment

Categories