Posted by: babydiapers2u | 21/10/2011

Penyusuan Ibu Secara Teratur Dan Panduan

Mengapa perlu pam susu di pejabat?

Jika anda meneruskan penyusuan ibu walaupun selepas bekerja, anda akan:

  • menyediakan nutrisi terbaik kepada bayi anda
  • menjadikan hubungan anda bertambah rapat walaupun anda tidak bersama dengan bayi anda
  • menjimatkan wang
  • mengurangkan risiko jangkitan penyakit akibat pengambilan susu formula

Bagaimana nak mengepam susu sewaktu di pejabat? Mudah saja…

Pengalaman isteri saya menyusukan 3 orang bayi kami saya kongsikan di sini untuk panduan anda:

 

  • Berikan susu badan secara terus selepas bangun dari tidur supaya bayi anda berasa kenyang sewaktu ditinggalkan kepada pengasuh. Selain dari itu, ini dapat membantu kelenjar susu anda menstimulasikan penghasilan susu dengan lebih banyak sewaktu anda di pejabat nanti.
  • Minum air suam dengan banyak sebelum memulakan kerja di pejabat.
  • Pam susu anda pada jam 10pagi dengan double pumping supaya anda boleh dapat 2 botol 5 oz pada setiap sesi mengepam susu. Simpan di dalam peti sejuk bahagian bawah atau simpan di dalam cooler bag yang dilengkapi ice pack atau chillers.
  • Buat urutan membulat pada payudara anda selepas tamat sesi mengepam susu supaya payudara anda tidak membengkak dan sedia untuk menstimulasikan penghasilan susu pada sesi berikutnya. Jangan lupa minum air suam dengan banyak.
  • Pada jam 1 tengah hari, mulakan pam susu anda sekali lagi dan pastikan anda akan dapat 2 botol susu dengan 5 oz setiap satu.
  • Selepas balik rumah, berilah bayi anda susu secara terus dari payudara anda kerana ia akan menjadikan susu anda tetap menstimulasikan penghasilan susu setiap hari dengan baik.
  • Sediakan 1 botol air 1.5 liter di samping anda dari mula anda berada di rumah sehingga anda masuk tidur dan pastikan anda dapat habiskan air tersebut sehingga anda bangun dari tidur keesokan harinya.

  • Jika salah satu aktiviti ini tidak dilakukan, besar kemungkinan susu anda akan semakin berkurangan semakin bayi anda meningkat usianya sehingga 2 tahun.

Selamat mencuba…banyak lagi yang akan saya kongsikan..jadi stay tune..

Advertisements
Posted by: babydiapers2u | 21/09/2011

Cuba Lampin Bayi Murah


Jika mommies dan dadies kat luar sana nak mencuba sesuatu yang baru dan sudah pastinya MURAH dan BERKUALITI, apa salahnya try our best baby diapers. Tiada komplen dan tindakbalas iritasi. Sesuai untuk kegunaan malam.

Penghantaran percuma (while stock last).

L56 dan M66 – cuma RM36 sahaja. Stok terhad.

Berminat sila hubungi Zul 013-3503095. Email zulfikhri.sabri@gmail.com


Kalau tak cuba, macam mana nak tahu ok ke tak,kan!!!

Posted by: babydiapers2u | 03/08/2011

Beli Diapers Import Untuk Raya Balik Kampung

Hi Viewers,

Ramadhan al mubarak datang lagi tahun 2011 ini. Saya sangat teruja dengan kedatangan bulan yang penuh rahmat ini.

Saya nak kongsi dengan anda mengenai diapers gred A dari Jerman yang dibawa masuk ke Malaysia. Memang terbukti berkesan, puas hati dan konfem murah berbanding harga di pasaran.

Toujours Gred A - Lagi Best!!

PROMOSI MENJELANG HARI RAYA…beli sebelum raya ini untuk bekalan balik kampung dengan tenang.

 

Kalau anda berminat dengan diapers yang lebih berbaloi harganya, cubalah diapers gred B dari Jerman di mana ia dipekkan semula di Malaysia. Harga lebih rendah dengan bilangan keping yang lebih banyak. Memperkenalkan DRYUPS.

Diapers Gred B DRYUPS

Anak saya yang 3 tahun lelaki masih pakai diapers jenama DRYUPS saiz L ini dan malam memang cuma perlu 1 keping saja walaupun dia kencing banyak sebab banyak minum susu sebelum tidur. Tak caya cuba dulu….See you..call me at 012-2673095 (Zul).

Posted by: babydiapers2u | 24/06/2011

Lampin Pakai Buang Bayi Anda

Ramai teman-teman ketawa bila saya katakan saya menjana pendapatan separuh masa menjual lampin pakai buang. Yang lebih membuatkan mereka tertawa ialah buat jualan lampin melalui laman maya tanpa bersemuka dengan pelanggan. TETAPI bila saya tunjukkan testimonial pembelian terdahulu kepada mereka dan peroleh pendapatan melalui  laman web dalam masa singkat, mereka TERDIAM, mungkin berfikir.

Bagi saya, di dunia ini tiada wang yang datang bergolek. Semua bergantung pada usaha dan keyakinan diri sendiri untuk berjaya. Bila ditanya tentang pengalaman? Hahahah..saya sendiri tertawa kerana saya pernah buka bonet dan jual lampin pakai buang ini sewaktu saya masih bujang. Malu sangat-sangat tetapi semangat saya untuk berniaga sangat tinggi, malu itu saya ketepikan..Alhamdulillah, sambutannya bolehlah tahan…

Sekarang saya ingin kongsi dengan anda kenikmatan penjanaan wang tambahan melalui jualan diapers secara online dengan menjadi agent kami.


Cuma perlu mendapatkan serendah 5 pek, anda sudah boleh menjadi dealer kami dengan harga agent.

Jangan berlengah lagi.Ayuh…buat duit banyak-banyak sebelum raya…..

Posted by: babydiapers2u | 10/05/2011

Promosi murah Diapers Toujours!!!

Apa yang menanti anda terutamaya regular customer kami di Perak????

Beli 3 pek discount 5% untuk pek ke-4. Jom, murah..murah…

Bagi ibu yang bakal bersalin, jangan berlengah lagi. Miliki pek ajaib ini yang didatangkan dengan packing asal dari German.

Fabrik selembut kulit bayi menghalang kebocoran dan juga tidak mahal seperti MamyPoko. Cepat!!! Sementara stok masih ada.

Yang berminat, sms 012-2673095 (ZUL).

Promosi May 2011

Promosi May 2011

Posted by: babydiapers2u | 09/05/2011

Susah nak tidurkan anak!

PETUA ANAK TIDUR SELESA DAN NYENYAK

Tidurkan waktu dia mengantuk

Sebaik-baiknya rutin tidur bayi anda patut bertahan selama 30-60minit bagi setiap kali tidur manakala bagi kanak-kanak yang sudah memasuki alampersekolahan pula, rutinnya adalah di antara 20-30 minit.

 Cahaya mentari sebagai loceng

Cahaya mentari memainkan peranan penting untuk membetulkan pola harian tidur anak anda. Pendedahan anak kepada sinaran mentari sebaik sahaja dia terjaga memberi petanda bahawa hari sudah siang.

 Persekitaran tidur selesa

Ini bermakna persekitaran tidur yang baik adalah dingin, gelap, senyap dan selesa. Pastikan juga si kecil tidur  di atas tilam yang selesa dan memakai baju yang tidak mengganggu tidurnya.

 Persekitaran yang selamat

Periksa bilik tidur anak anda terlebih dahulu dan pastikan bilik anak anda tidak bersepah sehingga ganggu keselesaannya.

 Ajar anak cara tidurkan dirinya

Teruskan mendidik anak tentang kepentingan mempunyai rutin tidur yang menenangkan. Berikan juga tumpuan kepada kesan berkaitan tidur yang mungkin mempengaruhi tabiat tidur anak anda.

 Jangan abaikan tidur petang

Apabila anak anda tidak lagi mengamalkan tabiat tidur petang, anda boleh galakkan mereka dengan melakukan aktiviti bersantai. 

 Makanan yang betul

Jika anda menghidangkan makanan berkaborhidrat kompleks bersama protein, anda sebenarnya memberi anak anda snek yang dibekalkan dengan’kuasa’ berpanjangan. Ini akan mengelakkan nya daripada terjaga pada bila-bila masa sahaja. Makanan berprotein atau bergula pula tenaga yang diperolehi daripada makanan ini akan menyukarkan tidur rutinnya daripaa berjalan lancar.

Aktiviti fizikal penggalak tidur

Wujudkan peluang untuk anak anda melakukan aktiviti fizikal pada siang hari agar dia dapat tidur lenapada sebelah malam.Berikan peluang kepaa bayi anda untuk melakukan sedikit senaman ringan di atas, misalnya merangkak.

Gangguan teknologi

Gajet seperti komputer mahupun Playstation boleh mengganggu ketenteraman sebelum masuk tidur.Jadi elakkan anak-anak terlalu pengaruh kepada aktiviti gajet.

 Kata-kata lembut

Gunakan kata-kata pujukan seperti  ‘nak, sudah sampai masa tidur’ atau ‘selamat malam’ atau ayat pujukan lain yang boleh membantu. Kurangkan rayuan kerana perbincangan yang meleret-leret hanya akan mengurangkan peluang anak untuk tidur.

Petua dari majalah pa&ma.

Posted by: babydiapers2u | 04/05/2011

Ruam Lampin: Kenapa Sering Menyerang Bayi?

Bayi yang baru lahir sehingga mencecah 12 bulan sering mengalami masalah RUAM LAMPIN. Jika tidak berhati-hati, ia akan semakin melarat dan memudaratkan kesihatan bayi.

Bagaimana terjadi?

Sebab utama ialah keadaan basah yang disebabkan sentuhan dengan air kencing dan najis dalam lampin. Bayi baru lahir kerap kencing dan juga kerap membuang air besar yang cair. Jadi dalam masa sejam, biasanya lampin perlu ditukar 1-2 kali. Mengikut pengalaman saya, satu hari  bayi yang baru lahir memerlukan 8 keping lampin pakai buang. IMAGINE!! Lampin yang paling meyerap pun meninggalkan kelembapan atas kulit bayi yang halus dan baru. Ini kemudian membuatnya lebih sukar bagi kulit bayi berfungsi sebagai pengadang, menambahkan kemungkinan kulitnya mengalami iritasi.

Jika diperhatikan, masalah ruang lampin ini mudah menyerang jika lampin yang dipakai tidak ditukar dalam jangkamasa lebih sejam jika lampin mengandungi najis manakala lebih 3 jam bagi air kencing. Bagi bayi yang mempunyai kulit sensitif, alergi ini akan membuatkan ia bertambah kritikal.

Kadangkala, perkara-perkara lain boleh menyebabkan ruam lampin. Bayi anda mungkin mendapat reaksi alergi terhadap produk yang menyentuh kulitnya. Ini diberi nama dermatitis alergi, tetapi amat jarang bagi bayi mendapatnya.Dermatitis alergi boleh tercetus apabila menggunakan lampin jenama lain, atau pembersih baru atau sapuan bayi. Kadangkala sebabnya nyata, apabila ruam terus timbul selepas anda menukar kepada produk baru.

Biasanya, jika bayi sudah mengalami ruam lampin yang kemerah-merahan dan berbiji-biji kecil, saya akan sapukan krim diapers rashes dan pastikan punggung bayi kering. Ia memakan masa lebih kurang 2-3 hari untuk pulih. Kasihan…tak sanggup lihat bayi menjerit kegatalan dan pedih ketika dicuci punggungnya.

Untuk mengelakkan masalah ini, miliki diapers yang berkualiti dari kami diimport dari Europe. Sungguh ekonomi untuk poket anda.

Posted by: babydiapers2u | 27/04/2011

Menanti Kehadiran Cahayamata…

Isteri saya merupakan antara wanita yang bertuah dikurniakan Allah peluang untuk mengandung dan kami sedang menantikan kehadiran cahayamata ke-3. Tahniah kepada anda yang sedang menunggu saat bahagia itu.

Diapers dalam blog ini terjamin kualitinya dan dalam masa yang sama ia TIDAK MAHAL seperti harga di pasaran.
Malah, ianya menyamai kualiti terbaik yang ada di Malaysia.

Kami menawarkan 2 jenama diapers iaitu Europe dan Maman seperti gambar dibawah.

Diapers EUROPE

  • Made in Germany
  • Kualiti serapan setanding Mamy Poko
  • Magic Tape bagi memudahkan pemakaian.
  • Fabrik halus tetapi tebal
  • Leakguard menjamin tiada kebocoran
  • Mencegah ruam

EUROPE GRED A -TOUJOURS


  • Dipek sepertimana yang terdapat di Jerman
  • Setanding Mamy Poko dengan harga yang lebih murah

Harga bagi Europe Gred A:
M56/L50/XL44 = RM39

(Harga lebih murah jika menjadi ejen kami)

EUROPE GRED B

  • daya serapan sama seperti Gred A

Harga bagi EUROPE (GRED B) :
NB 100 = RM40
S80/L70/XL60/XXL50 = RM39

(Harga lebih murah jika menjadi ejen kami)

Diapers MAMAN

  • Di import dari Korea
  • Kualiti standing Huggies
  • Dilengkapi ‘Magic Tape’ (tape yang boleh diguna berulang kali)
  • Fabrik lembut dan tebal
  • Dilengkapi ‘leakguard’ (tiada masalah kebocoron)
  • Semua saiz dibungkus 80 keping

Harga bagi MAMAN :
NB RM34 S RM35 M RM38 L RM41 XL RM44

Jangan ragu-ragu.Saya telah cuba kepada anak-anak saya dan sangat berpuas hati. Anda perlu cuba….

Posted by: babydiapers2u | 23/04/2011

Kisah Tiada Kebocoran Di Tepi Diapers..

DryUps Made In Germany

Kisahnya, anak saya kalau tidur malam memang minum susu 2 kali (sebelum tidur pukul 10pm dan 3am bila terjaga dari tidur). Jadi setiap malam, saya perlu tukar diapers baru supaya tak bocor. Bila saya bangun nak sembahyang subuh, saya kena pastikan saya tukar diapers dia sebab dah penuh sangat. Kalau dibiarkan tidak bertukar sampai pukul 7 pagi, konfem bocor. Pernah 3-4 kali pengalaman saya, air kencing dia sampai melimpah ke lantai macam air tumpah. Heran, dah macam tak pakai diapers pulak. Dah jenuh pulak sebelum pegi kerja kena mop lantai cuci bersih dulu.

Tapi selepas kami bertukar ke jenama Dryups dari Eropah ini, alhamdulillah. Lega saya kerana tak perlu bangun malam tukar diapers lagi. Saya hanya perlu beri dia pakai sekali dan tak bocor sampai pagi. Jimat sangat….Yang best lagi, anak saya tak lagi kena ruam macam dulu kalau tak tukar diapers dalam tempoh masa yang panjang.

Anda apa lagi, cubalah…harga sangat murah dengan kualiti setanding MamyPoko…

Posted by: babydiapers2u | 17/04/2011

Selamat Tinggal Diapers Mahal!!!

 

SALAM 1 MALAYSIA.

Berita baik untuk anda. Kini anda tidak lagi perlu runsing memikirkan masalah kebocoran diapers yang murah dan sekaligus menjimatkan ekonomi keluarga anda. Semua orang inginkan diapers yang murah dengan kualiti serapan yang baik. Pelbagai jenama ditawarkan dipasaran, namun anda sahaja yang mampu untuk memilih yang sepadan dengan “kocek anda”.  Penyelesaian bagi semua masalah anda, ada di sini. Kami menawarkan kualiti diapers setanding jenama hebat(MPOKO) dengan harga yang amat berpatutan.

Kami juga sedia menawarkan khidmat nasihat dan juga peluang menambah pendapatan bagi mereka yang inginkan pendapatan sampingan. Apa lagi yang anda tunggu, cubalah produk kami, baru anda tahu kehebatannya.

Si Manja Riang


Categories